IQ CHALLENGE!

Monday, 15 August 2016

ENVIRONMENT BARU

Assalamualaikum w.b.t..

So, hampir 4 bulan entri ku menyepi kan?? Hahahaha. Maaf sebab busy urus hal belajar. Basically, sekarang aku dah jadi budak universiti. Yay me!! Sekarang ni aku sedang menyambungkan pelajaran di UiTM Bukit Besi, Dungun. Secara official-nya aku mndaftar pada 24 Mei yg lalu.. Haa, Baru sekarang aku nak update, enn?? Hehehe.

Secara kesuluruhannya UiTM Bukit Besi ni not bad laa walaupun jauh dari bandar Dungun. Almost sejam kot mengikut tahap kelajuan kenderaan di pandu. Kat sini, kitorang semua yakni students dan staffs lebih suka panggil KRBB that stands for Kampus Rekreasi Bukit Besi sebab kat sini ade Tasik Puteri. Selalu kat tasik ni kitorg buat aktiviti berkayak. Pastu kat sini pon ade sungai. Boys selalu mandi mandi kat sungai ni. Tempat ni pon nyaman especialy kalau pagi pagi. Kalau nak pegi kelas pagi tu, korang mesti akan nampak kabus sampai bukit bukit pon tak nampak. Serius best, walaupun mula mula tu aku tak suka sangat sebab jauh dari bandar. But I should suit myself with the new environment, shouldn't I?

Next, kat KRBB ni cuma ada dua fakulti je since kampus ni baru lagi beroperasi pada tahun 2013. Course yang ditawarkan kt KRBB ni cuma Kejuruteraan Mekanikal (EM110) dan Kejuruteraan Kimia (EH110). But in shaa allah menurut kata Timbalan Penolong Rektor kampus ni akan di majukan secara berperingkat. Keluasan sebenar KRBB ni sampai ke KGBB, tahu takk? KGBB tu ape? Google sendiri! Haa, aku nak taip sikit sikit je dulu. Nanti nanti aku update lagi. Seprais sikit! Hahahaha, byebye!

REGARDS,
AMANI

Tuesday, 5 April 2016

SPM LEAVER

Assalamualaikum w.b.t.,

Sebab hari ni memang bosan nak mati jadi saya nak post lagi kat blog ni. Tengok tajuk, 'SPM LEAVER'.. Ape kena mengena? Hehehe, saya la tu! Budak baru habis SPM. Result?? Tak gempak pon.. Jadi ape saya nak kongsi? Bukan kongsi, tapi lebih kepada luahan hati. Dulu, tak sabar sabar nak habis SPM, nak lepak lepak kat rumah ngan kawan kawan.. Tapi sekarang tengok la. Mereput kat rumah dengan tak keje nyaa.. Bangun, tidur, makan jelaa.. Hahahaha, mana tak kembang!


Tapi ape yang lagi penting sekarang ni, mana arah tuju lepas ni? Alhamdulillah setakat ni dah dapat beberapa tawaran sambung belajar dari UniKL, iCOOP College ngan IPG. Tapi tak buat pilihan lagi. Ikut hati nak sambung UniKL tapi ikut mak ayah dorang kata tunggu UPU laa.. Ye laa, kita akur je. Pastu, dah dapat pulak interview untuk IPG, ayah pulak suh pegi. TAKNAAAAKK~~! Takpe, bende boleh bawak bincang. Saya taknak sebenarnya IPG tu. Apply pon sebab kakak suruh. Hahahaha, macam lalang kejap kiri kejap kanan. Tak tetap pendirian! Sumpah serabut weh jadi budak SPM leaver ni! Macam macam kena apply. Biasiswa, universiti, kolej kemahiran laa.. Kadang kadang rasa fed up. Banyak mende nak kena fikir. Bila dah apply, dapat panggilan interview kena pikir boleh pegi ke tak? Jauh dekat? Transport bagai. Nanti kalau dah lulus interview kena fikir lagi nak masuk daftar ke tak.. Katakan 10 tawaran kau dapat, 10 kali nak kena fikir mana satu bagus, mana satu yang lebih efektif. Haih, serabut!

Penat la pulak nak menaip ni.. Bye!

REGARDS,
Amani